Friday 7 December 2012

Tutorial 1

Membuat Tulisan Berbayang (Shadow Text)


1) Create New Document ( saiz resolution bebas)

2) Gunakan Text Tool untuk mula menulis teks atau tekan 'T' pada keyboard.

Gambaran seperti dibawah. ;)



3) Jenis Tulisan (Font), warna teks dan saiz teks yang digunakan adalah bebas. Ianya bergantung pada kreativiti masing-masing. Saya hanya dapat tunjukkan contoh saja.

Gambaran seperti dibawah. ;)



4) Apabila selesai menulis. Klik pada 'menu' layer yang tertera disebelah kanan screen. Jika menu layer ditepi itu tiada, awak boleh klik dekat 
Window>>Layers atau tekan F7 pada keyboard. InsyaAllah akan terbit di skrin. Awak klik saja pada 'layer 1' sebagai tanda dah siap menulis.

Gambaran seperti dibawah. ;)



5) Alhamdulillah. Selesai diperingkat satu iaitu menulis teks. Seterusnya kita ke peringkat yang kedua iaitu mencipta bayang teks. OK, mula-mula awak kena 'duplicate layer' dulu untuk menghasilkan teks yang serupa. atau awak boleh tulis tulisan yang sama sekali lagi. Bagi saya 'duplicate' lagi senang.
Right Click pada layer text, klik dekat 'Duplicate Layer'. dan akan terpampar pada skrin awak layer copy. memang duplicate ni copy. tapi bahasa photoshop dia tak panggil copy.^_^

Gambaran seperti dibawah. ;)




6) Pada pamparan layer copy, klik saja OK.

Gambaran seperti dibawah. ;)



7) Sekarang awak sudah ada dua text layer. 1 yang asal dan 1 lagi yang copy. Pada kali ini, awak hanya perlu menggunakan layer yang copy saja.
Gerakkan teks awak dengan menggunakan Move Tool atau tekan V pada keyboard. Letakkan dibawah teks asal.

Gambaran seperti dibawah. ;)



8) Kemudian, masih menggunakan dilayer copy. awak klik dekat Edit>>Transform>>Flip Vertical. Awak akan dapat pastikan tulisan awak jadi terbalik ke bawah.

Gambaran seperti dibawah. ;)



9) Akhir sekali, dibahagian 'menu' layer ada bahagian Opacity dan Fill disebelah atas 'menu'. Selaraskan Opacitynya dengan nilai yang rendah. Di sini saya selaraskan pada 40% dan Fill tetap 100%. Ikut kreativiti masing-masing.

Gambaran seperti di bawah. ;)



10) Hasilnya adalah seperti gambar di bawah. ;)



Alhamdulillah. Sudah siap pun Tulisan Berbayang (Shadow Text). 
Selamat Mencuba.
Terima Kasih.